Sertai Kami
- Student Unity Front UKM 国大学生团结阵线
- 4 Dis 2020
- 1 min membaca
Updated: 6 Mac 2021
“Freedom isn't free.” Sejak Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) diperkenalkan, kebebasan akademik dan kebebasan bersuara semakin terhakis. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan hak dan kebajikan para mahasiswa, tetapi juga membisukan suara-suara yang kritis terhadap isu-isu semasa, ideologi serta falsafah.
Namun, terdapat sekumpulan tenaga belia dalam kampus yang tekad mengejar nilai-nilai universal. Mereka berusaha membela nasib golongan yang tertindas dan giat membincangkan isu-isu semasa dalam dan luar kampus. Gerakan ini dikenali sebagai aktivisme mahasiswa.
Sejarah Aktivisme Mahasiswa: https://ukmsuf.wixsite.com/website/sejarah-aktivisme-mahasiswa
Student Unity Front UKM atau lebih dikenali sebagai SUF UKM merupakan sebuah gerakan mahasiswa di dalam kampus UKM. Selama ini, kami telah berusaha meningkatkan kesedaran mahasiswa terhadap demokrasi di dalam kampus. Kami tekad mengejar nilai kebebasan, demokrasi dan keadilan, serta memperjuangkan kuasa autonomi dan hak-hak kebajikan mahasiswa-mahasiswi.
Jom sertai kami, anda boleh:
✊ Membincangkan isu-isu dalam kampus;
✊ Bersuara demi golongan yang tertindas dan ketidakadilan dalam masyarakat;
✊ Berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin aktivis mahasiswa;
✊ Memupuk pemikiran kritis dan berdikari
Kami amat mengalu-alukan individu-individu yang bersemangat untuk aktivisme mahasiswa. Marilah kita bersama untuk pembaharuan!
📣 Semangat membara untuk membina kampus yang lebih maju?
📣 Menyahut cabaran dan sertai aktivisme mahasiswa!
Sertai kami
✅Borang pengambilan ahli:
Commentaires