top of page
11080491_807923635956422_562399276928075

关于我们

马来西亚是其中一个实行国会民主选举的国家,由全国选民选出各地区之国会议员,以成立政府。在1975年大专法令第48条文下,全国国立大专校园选举也必须遵循民主精神以选出各学生代表。国大(UKM),每一届都将选出学生代表,以照顾学生福利及为众大学生解决各种校内民生问题,而学生理事会则为大学拟定一些活动以造福大学成员。


然而在2003/2004年,时任国大学生理事会掌权者的ASPIRASI却罔顾学生福利,以及失去了其代表性。再者,当时他们的中选也使选举被认为缺乏足够的透明度及不符合1975年大专法令和大学宪法。


因此,一个代表着各个族群和群体的联盟在各方努力及共识下诞生,取名为 Gabungan Mahasiswa UKM (国大学生联盟),或简称 GM (学联),正式开启了国大新篇章。


2012/2013学年至2014/2015学年,国大学联再次在校园选举中胜出,获得机会再一次服务国大上下每一位学生。


从2015年起,国大学联因为种种政治操弄因素,无法继续服务国大生。在2016年,《国大学生团结阵线》也从其母体--国大学联独立,继续为国大生奋斗。


或许我们不能入住学生会,但是我们为提高国大生对校园民主的任务却不曾中断!


国大学生团结阵线 -- 一个真正为国大生存在的团体。

了解我们 Kenali Kami: About Us
11080491_807923635956422_562399276928075

MENGENAI KAMI

Pada sesi 2003/2004, Aspirasi yang pro-Establishment telah menawan PMUKM dengan pilihan raya kampus yang tidak adil. Mereka menjadi pengantar suara kepada pihak pengurusan dan melupakan amanat mereka untuk menjaga kebajikan mahasiswa.  

Pada tahun 2005, persatuan-persatuan pro-Mahasiswa mula bergabung dan menubuhkan Gabungan Mahasiswa UKM, ataupun dikenali sebagai GMUKM. Di sinilah tercipta sejarah baru aktivisme mahasiswa UKM. 

Pada sesi 2012/2013 dan sesi 2014/2015, GMUKM berjaya menawan PMUKM dan mempunyai peluang untuk berkhidmat untuk mahasiswa. 

Pada tahun 2015, GMUKM ditimpa dugaan. Pihak ini dikenakan tindakan oleh pihak UKM, dan juga GMUKM memboikot pilihan raya kampus yang tidak adil ini. Ekoran daripada itu, GMUKM dibubarkan. 

Pada tahun 2016, Student Unity Front UKM (SUF UKM) telah dipisahkan daripada GMUKM dan meneruskan perjuangan dan aktivisme mahasiswa. Tetapi pemimpin-pemimpin kami yang mengadakan perhimpunan telah dikenakan tindakan oleh pihak UKM. SUF UKM telah mula menjadi sunyi. 

Pada tahun 2019, SUF UKM telah mendapat sokongan daripada pelbagai pihak, dan mula mengumpul semula kuasa-kuasa sendiri agar dapat sekali lagi meneruskan perjuangan demi mahasiswa pada era Malaysia baru ini. Kami bersedia untuk menjalankan pembaharuan kampus dan memupuk mahasiswa-mahasiswi UKM yang prihatin terhadap sekeliling kita. 

了解我们 Kenali Kami: About Us
了解我们 Kenali Kami: Pro Gallery

©2020 by Student Unity Front UKM. Proudly created with Wix.com

bottom of page