top of page

Pembentukan MPP Interim bukan Tanda Demokrasi Kampus!

  • Writer: Student Unity Front UKM 国大学生团结阵线
    Student Unity Front UKM 国大学生团结阵线
  • 8 Ogo 2021
  • 2 min membaca

Berikutan pembatalan Pilihanraya Kampus (PRK) sesi 2020/21, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sementara telah ditubuhkan. Barisan MPP Sementara dianggotai oleh wakil-wakil daripada beberapa gerakan mahasiswa dan Dewan Senat Mahasiswa. Dalam sebuah ucapan, Presiden MPP Interim mengatakan bahawa “seramai 20 orang secara demokrasi membentuk MPP Interim ini”.


Namun, kami amat tidak bersetuju kenyataan tersebut. Pada pandangan kami, penubuhan MPP Sementara merupakan tanda kemerosotan demokrasi kampus. Demokrasi merupakan sebuah bentuk politik yang memegang kepada konsep “souveraineté populaire”, atau penglibatan terus rakyat dalam polisi awam. Konsep demokrasi modern dikatakan mendapat inspirasi daripada karya John Locke, Two Treatises of Government -- pemerintah perlu disetujui oleh diperintah (consent of the governed) dan karya Jean-Jacques Rousseau, Du contrat social -- general will rakyat ditentukan atau dihasilkan melalui undian.


Dalam peringkat kampus, Kesatuan Mahasiswa atau Majlis Perwakilan Pelajar merupakan lambang kepada general will para mahasiswa, serta badan tertinggi mahasiswa. Berkat perjuangan aktivis mahasiswa selama ini, JPMPP UKM telah ditubuhkan. Penubuhan JPMPP menjamin general will mahasiswa dilindungi dan dihormati, tanpa sebarang gangguan anasir luar. Kesatuan Mahasiswa yang dibentuk melalui undian merupakan lambang mandat oleh para mahasiswa. Ini selaras dengan semangat demokrasi kampus.


Oleh itu, kami berpandangan penubuhan MPP Sementara telah membelakangi semangat demokrasi kampus:

  1. MPP Sementara tidak diberi mandat oleh para mahasiswa. Anggota MPP Sementara terdiri daripada beberapa wakil gerakan-gerakan mahasiswa dan ahli-ahli Dewan Senat Mahasiswa bukannya diundi oleh para mahasiswa. Selain itu, dalam kalangan mereka, terdapat beberapa Persatuan Mahasiswa Fakulti dan Majlis Eksekutif Pelajar yang dilantik oleh pihak pentadbiran fakulti dan kolej kediaman masing-masing. Oleh itu, legitmacy mereka untuk mewakili para mahasiswa amat diragui.

  2. Para mahasiswa tidak dapat melibatkan diri dalam pembentukan MPP Sementara. Dalam PRK, setiap mahasiswa mempunyai hak mengundi serta hak diundi. PRK yang dianjurkan oleh JPMPP UKM juga menjamin keadilan proses ini. Malangnya, dalam pembentukan MPP Sementara ini, kedua-dua hak tersebut telah dicaburi.


Jelasnya, MPP Sementara ini tidak melambangkan demokrasi kampus seperti yang dinyatakan oleh Presiden. Kemerosotan demokrasi kampus disebabkan pembatalan PRK menyebabkan para mahasiswa tidak dapat melibatkan diri dalam polisi kampus. Polisi-polisi yang dilaksanakan oleh para birokrat UKM telah banyak menyusahkan para mahasiswa terutamanya pengawalan wabak Covid-19. Oleh itu, Kesatuan Mahasiswa yang dibentuk dengan mandat oleh para mahasiswa dan selaras dengan demokrasi kampus merupakan satu-satunya institut yang menjamin para mahasiswa. Kami berasa kesal atas kenyataan dan pendirian Presiden MPP Sementara yang menunjukkan beliau tidak memahami semangat demokrasi kampus.


Comments


Post: Blog2_Post

©2020 by Student Unity Front UKM. Proudly created with Wix.com

bottom of page