top of page

Fasiliti Yang Usang di Kampus Membahayakan Para Mahasiswa!

  • Writer: Student Unity Front UKM 国大学生团结阵线
    Student Unity Front UKM 国大学生团结阵线
  • 5 Ogo 2021
  • 2 min membaca

Baru-baru ini, satu kejadian kebakaran yang melibatkan Pusanika, Kolej Ungku Omar (KUO) dan Kolej Aminuddin Baki (KAB) telah berlaku. Walaupun kebakaran ini tidak mengakibatkan sebarang kecederaan serius atau kematian, namun ini juga telah menjadikan satu amaran kepada semua warga UKM mengenai keusangan fasiliti di dalam kampus.


UKM merupakan antara universiti yang bersejarah dan terunggul di rantau ini. Namun, prestasi kecemerlangan universiti yang dicintai ini tidak dapat menggambarkan realiti di dalam kampus, iaitu fasiliti yang usang. Selama ini, tiada sebarang kerja naik taraf atau pembaikan fasiliti di dalam kampus. Fasiliti yang usang termasuk lintar elektrik dan sistem pengaipan air telah menyusahkan kehidapan mahasiswa UKM. Sebagai contoh, para mahasiswa UKM tidak dibenarkan membawa masuk pelbagai peralatan elektrik. [1] Pada tahun 2015 pula, kampus UKM mengalami isu bekalan air yang serius. [2]


Selain itu, fasiliti yang usang juga membahayakan para mahasiswa UKM. Bilangan bilik kediaman yang terhad juga menyukarkan pelbagai polisi pencegahan wabak. Sebelum ini, hanya sekumpulan kecil mahasiswa dibenarkan untuk memasuki kampus. Juga, mahasiswa dipaksa menjalankan kuarantin dengan berkongsi bilik dengan rakan sebilik dan didedahkan risiko jangkitan yang tinggi. Fasiliti yang usung ini juga dikatakan mengakibatkan berlakunya kluster di dalam kampus. Hal ini kerana para mahasiswa di kolej kediaman perlu berkongsi tandas dan sistem pengudaraan yang kurang cekap.


Kebakaran baru-baru ini mengingatkan kami tentang bahaya fasiliti yang usang di dalam kampus. Di sini, kami ingin mengingatkan pihak pengurusan UKM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bahawa isu ini telah berlaku sekian lama. Oleh itu, kami ingin menyeru supaya universiti mendapatkan peruntukan khas untuk kerja-kerja naik taraf fasiliti kampus serta meluaskan kolej-kolej kediaman untuk keperluan para mahasiswa.


Jika KPT dan pihak pengurusan UKM ikhlas untuk menjaga kebajikan mahasiswa, mereka seharusnya memandang berat isu ini, tetapi bukan sekadar menzahirkan keprihatinan kepada yang terjejas. Mereka perlu memandang berat isu ini, dan mendapatkan peruntukan khas, supaya isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan mengelakkan kemalangan berlaku pada masa yang akan datang.



Comentários


Post: Blog2_Post

©2020 by Student Unity Front UKM. Proudly created with Wix.com

bottom of page