top of page

Norma Biasa di UKM: TnG

  • Writer: Student Unity Front UKM 国大学生团结阵线
    Student Unity Front UKM 国大学生团结阵线
  • 6 Apr 2021
  • 1 min membaca

Pandemik Covid 19 ini telah membawa perubahan yang drastik kepada kehidupan harian kami, termasuk kehidupan di kampus. Para mahasiswa UKM mestilah merindui “norma biasa” di kampus sebelum ini.


Sebelum ini, perkhidmatan bas laluan T451 telah banyak memudahkan kehidupan para mahasiswa di kampus induk UKM. Untuk menaiki bas T451, kita perlu membayar tambang bas dengan kad Touch n Go (TnG). Namun, tiada perkhidmatan tambah nilai (top-up) di dalam kampus.

Dalam Pilihanraya Kampus (PRK) sesi 2019/20, dua calon telah berjanji untuk menyediakan perkhidmatan tambah nilai kad TnG. Tetapi, manifesto ini belum dilaksanakan walaupun tempoh perjawatan mereka telah tamat. Pada bulan Oktober yang lalu, mereka telah berjanji bahawa “pengeluaran Terminal Touch n Go ini akan diletakkan dan dikuatkuasakan setelah pelajar masuk semula ke kampus”. Kemasukan mahasiswa ke kampus UKM telah bermula secara berfasa. Oleh itu, kami berharap manifesto tersebut tidak dilupakan walaupun mereka hanya meneruskan jawatan mereka sebagai ahli interim Kesatuan Mahasiswa UKM (KMUKM).


Gerak Kerja Pelaksanaan Manifesto Touch N Go pada 13 Oct 2020:https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=3914064868621757&id=100000548478522


Apakah pengalaman anda yang tidak dapat dilupakan di kampus sebelum pandemik? Berkongsi norma biasa anda di ruang komen! 😍😍


Comments


Post: Blog2_Post

©2020 by Student Unity Front UKM. Proudly created with Wix.com

bottom of page