Norma Biasa di UKM: Kiosk FEP
- Student Unity Front UKM 国大学生团结阵线
- 9 Apr 2021
- 1 min membaca
Pandemik Covid 19 ini telah membawa perubahan yang drastik kepada kehidupan harian kami, termasuk kehidupan di kampus. Para mahasiswa UKM mestilah merindui “norma biasa” di kampus sebelum ini.
Kiosk FEP pernah menjadi tempat paling meriah di kampus induk UKM. Di sini, terdapat beberapa gerai yang menjual pelbagai jenis makanan, termasuk Kiosk 4 Community yang menyediakan makanan dengan harga mesra mahasiswa, kebab, kuetiau goreng, makanan ala barat, roti canai dan sebagainya. Kiosk FEP merupakan pilihan popular untuk mahasiswa dari fakulti berdekatan untuk makan tengah hari serta penghuni dari kolej kediaman berdekatan untuk makan malam.

Malangnya, Kiosk FEP yang popular ini telah dirobohkan. Kontraktor dikatakan ingin menaik taraf tempat tersebut. Isu ini menarik perhatian para mahasiswa. Pemulihan operasi Kiosk FEP pun telah menjadi manifesto untuk calon daripada pelbagai gerakan mahasiswa di Pilihanraya Kampus sesi 2019/20. Menurut MPPFEP, pihak kontraktor perlu mendapatkan kelulusan daripada Majlis Perbandaran Kajang untuk proses naik taraf. Namun, tiada sebarang kerja naik taraf sedang dijalankan.
Status Perkembangan Pembangunan Projek Naik Taraf Kisok FEP: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=189485045646295&id=100037544012407
Apakah makanan kegemaran anda di Kiosk FEP? Kongsikan kenangan manis anda di Kiosk FEP di ruang komen. 😍😍
Comentarios