Mahasiswa UKM Tekad Menuntut Ketelusan!
- Student Unity Front UKM 国大学生团结阵线
- 3 Jun 2021
- 2 min membaca

Kesatuan Mahasiswa UKM (KMUKM) telah meggesa ketelusan dalam kerja kawalan Covid 19. Dalam kenyataan media tersebut, KMUKM menuntut UKM untuk mengumumkan statistik wabak di dalam kampus dengan pendekatan Kementerian Kesihatan Malaysia. KMUKM juga mengkritik tindakan UKM yang menghiraukan mahasiswa UKM kerana hanya menyebarkan informasi mengenai Covid 19 dalam kalangan Staf UKM sahaja.
Namun, pihak UKM tetap cuba menyembungi situasi sebenar di dalam kampus. Ujian saringan besar-besaran telah dijalankan kepada para penghuni di Blok G dan Blok H Kolej Pendeta Za’ba koran peningkatan kes Covid 19. Walaupun keputusan ujian telah dikeluarkan, namun para mahasiswa hanya dapat mengetahui keputusan melalui Naib YDP KMUKM, Ray Ming pada pukul 10 malam. Kemudian, pihak kolej kediaman baru mengumumkan statistik.
Menurut Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) KPZ, pihak kolej kediaman “tidak ada kuasa” untuk mengumumkan statistik Covid 19. Pengumuman ini adalah tertakluk di bawah kuasa Jawantankuasa Tindakan Krisis UKM (JTTK). Selama ini, sistem birokrasi yang kurang efisien di dalam kampus tidak dapat menjamin kebajikan para mahasiswa. Hari ini, pihak UKM pun tidak dapat menjalankan kerja kawalan Covid 19 secara efisien, Kami juga ingin mempertikaikan keikhlasan pihak UKM dalam kerja kawalan Covid 19.
KMUKM telah mengumumkan statistik yang lebih lengkap melalui saluran Telegram rasmi mereka. Menurut KMUKM, terdapat 69 kes sejak kes pertama direkodkan pada 27 Mei termasuk 43 kes daripada saringan pada 1 Jun. Ini bermakna terdapat 26 kes sebelum saringan besar-besaran dijalankan. Namun, para mahasiswa langsung tidak dapat mengetahui sebarang maklumat ini selama ini.
Ingin ditegaskan lagi, ketelusan bukan sahaja tuntutan daripada mahasiswa-mahasiswi atau satu pilihan, tetapi merupakan langkah yang wajib diambil oleh pihak UKM. Para mahasiswa telah membuat tuntutan demi ketelusan tetapi tidak dihiraukan oleh pihak UKM. Ekoran peningkatan kes, pihak UKM tidak lagi dapat menyembungi situasi sebenar. Para mahasiswa berasa kecewa atas tindakan UKM, serta mempertikai keikhlasan pihak UKM dalam kerja kawalan Covid 19.
Di sini, kami menuntut supaya UKM mengumumkan segala informasi dan statistik tentang Covid 19 di dalam termasuk melalui pelbagai saluran rasmi. Ini termasuk
Kes positif harian
Jumlah saringan harian
Jumlah kontak rapat yang dikenalpasti
Sebarang polisi mengenai Covid 19
Disebabkan ketidaktelusan selama ini, terdapat pelbagai khabar angin telah menular dalam kalangan mahasiswa yang menyebabkan ketakutan dan kerisauan. Pihak UKM patut mengkaji semula dan menambahbaik prosedur kerja kawalan Covid 19 yang sedia ada. Sebagai mahasiswa UKM, kami akan terus memantau pihak UKM dan bersuara lantang terhadap segala yang kurang munasabah.
Comments