top of page

Kontak Rapat Tidak Diisolasikan, Penghuni KTDI Berisiko Jangkitan!

  • Writer: Student Unity Front UKM 国大学生团结阵线
    Student Unity Front UKM 国大学生团结阵线
  • 28 Mei 2021
  • 2 min membaca

Updated: 28 Mei 2021



Kebelakangan ini, terdapat kes positif Covid 19 di Kolej Dr Tun Ismail (KTDI). Pengurusan KTDI pula hanya menyeru para kontak rapat kepada pesakit tersebut untuk menjalankan isolasi kendiri sahaja. Menurut garis panduan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) KTDI, hanya tandas yang tertentu akan digunakan oleh kontak rapat kumpulan B. Polisi ini membimbangkan kerana kontak rapat tersebut tetap akan menggunakan ruang awam seperti cafeteria dengan para penghuni yang lain.


Polisi tersebut telah mengakibatkan ketidakpuasan dan gelisah antara para penghuni. Mereka cuba menyuarakan kebimbangan mereka. Tetapi pihak pengurusan hanya membalas dengan alasan yang kurang munasabah. Mereka mengatakan penempatan untuk isolasi kontak rapat tidak dapat disediakan kerana kekurangan bilik kediaman. Mereka mendakwa kontak rapat tidak perlu ditempatkan pada tempat lain kerana “risiko pendedahan kepada jangkitan Covid-19 adalah sama untuk kontak rapat kumpulan B dan kumpulan C.”


Ini telah menunjukkan bahawa pihak pengurusan tidak membuat persediaan rapi untuk kawalan wabak Covid 19.


1. Tidak menyediakan pelan kontingensi serta pusat isolasi.

Walaupun kita telah menghadapi pandemik sejak Mac tahun lalu, pihak pengurusan kelihatan tidak menyediakan pusat isolasi untuk kegunaan pengasingan kontak rapat. Alasan untuk kegagalan ini pula ialah masalah bilangan bilik kediaman yang tidak mencukupi yang telah berlaku sekian lama. Ini telah menunjukkan pihak pengurusan tidak memandang berat terhadap pandemik serta kesihatan para penghuni.


2. MEP yang hanya menjadi boneka kepada pengurusan

MEP sepatutnya menjadi pemimpin mahasiswa yang mempertahankan hak dan kebajikan para mahasiswa terutama para penghuni. Malangnya, MEP bukan dipilih oleh para penghuni tetapi terus dilantik oleh pihak pengurusan. Mereka yang sepatutnya memainkan peranan sebagai medium komunikasi antara para mahasiswa serta pihak pengurusan dalam hal ehwal pentadbiran kolej kediaman telah menjadi penghantar mesej pihak pengurusan sahaja. Mereka hanya boleh mendengar arahan daripada pihak pengurusan, dan gagal menjamin hak dan kebajikan para penghuni.


Student Unity Front UKM mengkritik pihak pengurusan KTDI serta MEP KTDI yang gagal menunjukkan keikhlasan dalam kawalan wabak Covid 19. Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak pengurusan mengabaikan isu ketidakcukupan bilik kediaman dan membenarkan kemasukan para mahasiswa tanpa sebarang pelan kontigensi seperti mendirikan pusat isolasi. Kini, kontak rapat kepada pesakit Covid 19 terpaksa berkongsi ruang awam yang sama dengan para penghuni yang lain. Ini telah membahayakan para penghuni KTDI. Kami menyeru setiap pihak yang bertanggungjawab segera mendirikan pusat isolasi untuk menempatkan kontak rapat ini, dan berusaha menyelesaikan isu ketidakcukupan bilik kediaman untuk mengelak ulangnya masalah yang sama dalam masa depan.


Comments


Post: Blog2_Post

©2020 by Student Unity Front UKM. Proudly created with Wix.com

bottom of page