top of page

Kebebasan Akademik Sekadar Slogan?

  • Writer: Student Unity Front UKM 国大学生团结阵线
    Student Unity Front UKM 国大学生团结阵线
  • 8 Apr 2021
  • 2 min membaca

Rentatan Fahmi Reza menggunakan logo Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai bahan karya parodi, Kesatuan Mahasiswa UKM serta wakil-wakil mahasiswa telah membuat satu laporan polis.

Pada pendirian yang membantah perbuatan Fahmi Reza, mereka berpendapat UKM sebagai institusi neutral dan mulia untuk pengetahuan dan pengajian tinggi telah “dihina” kerana logo sebagai perlambangan atau simbol kepada universiti yang kita cintai telah diubah suai.


Pada hakikatnya, kemuliaan sesebuah institusi pengajian tinggi atau universiti tidak terletak atas sebarang perlambangan sahaja. Malah, kemuliaan sesebuah universiti, termasuk UKM terletak pada semangat kebebasan akademik serta sumbangan warga universiti tersebut untuk memperjuangkan keadilan anggota-anggota masyarakat melalui pengajian dan pengetahuan.


Kampus sesebuah universiti sepatutnya menjadi satu medan yang terbuka bukan sahaja kepada warga universiti, tetapi juga masyarakat umum untuk debat, wacana, perbahasan atau diskusi kepada mana-mana isu dan topik. Oleh itu, setiap warga universiti dan masyarakat harus menjunjung tinggi kebebasan akademik. Tanpa kebebasan akademik, sesebuah universiti umpama kehilangan rohnya.


Di sini, kami mengkritik sekeras-kerasnya tindakan KMUKM yang membuat laporan polis kerana tindakan ini jelasnya membelakangi semangat kebebasan akademik. Adalah wajar untuk mana-mana pihak tidak bersetuju mana-mana pendirian atau meraikan perbezaan pendapat. Konflik yang tercetus sepatutnya mewujudkan pertukaran pandangan yang sihat. Senang kata, balas dengan fakta.


Pendirian KMUKM yang menjufikasikan penggunaan undang-undang zalim, dalam kes ini s.233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) jelasnya juga membelakangi kebebasan bersuara. Banyak hujah telah dibentangkan oleh masyarakat sivil (civil society) menjelaskan penindasan ke atas kebebasan bersuara. Ini termasuk pelaksanaannya secara selektif dan tafsiran yang luas mewujudkan penyalahgunaankuasa oleh pihak kerajaan.


KMUKM merupakan badan tertinggi yang mewakili mahasiswa UKM. Sebagai mahasiswa yang tekad menjunjung tinggi kebebasan akademik dan kebebasan bersuara, kami tidak bersetuju dengan pendirian mereka dalam kes ini. Tindakan dan pendirian KMUKM yang menyokong state machinery untuk mengekang kebebasan bersuara bukan sahaja memalukan, tetapi juga akan memberi kesan buruk kepada diskusi awam.


Oleh itu, kami menyeru KMUKM menarik balik laporan polis tersebut. Kami juga menegaskan bahawa freedom isn’t free. Mahasiswa patut memainkan peranan untuk membela masyarakat, bukannya sebaliknya.


Comments


Post: Blog2_Post

©2020 by Student Unity Front UKM. Proudly created with Wix.com

bottom of page