top of page

Cadangan kepada KPT: Menambahbaikan SOP Pergerakan Mahasiswa Pulang Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri

  • Writer: Student Unity Front UKM 国大学生团结阵线
    Student Unity Front UKM 国大学生团结阵线
  • 3 Mei 2021
  • 2 min membaca

Kementerian Pengajian Tinggi telah mengumumkan SOP pergerakan mahasiswa pulang sempena cuti perayaan Aidilfitri. Kami menyambut baik SOP ini kerana membolehkan para mahasiswa untuk menyambut perayaan ini bersama ahli-ahli keluarga masing-masing. Namun, kami ingin menzahirkan kebimbangan kami mengenai keputusan tidak mewajibkan kuarantin kendiri kepada mahasiswa yang terlibat.


Belakangan ini, kapasiti katil yang sedia ada semakin berkurangan akibat kenaikan kes Covid-19.[1] Sebelum ini, Menteri Kementerian Kesihatan Malaysia Dr Adham Baba telah mengatakan 60% kes Covid 19 tahun ini adalah sparodik.[2] Kadar penerimaan vaksin masih pada tahap rendah buat masa kini. Keadaan ini telah meningkatkan risiko jangkitan mahasiswa apabila mereka di kampung halaman masing-masing. Beberapa kluster telah berlaku selepas sambutan Tahun Baru Cina tahun ini termasuk Kluster Kuala Punteh, Kluster Jalan Ho Pin dan Kluster Taman Mawar.[3] Keputusan pengecualian kuarantin kendiri juga menunjukkan KPT juga tidak mengambil iktibar daripada Pilihanraya Negeri Sabah tahun lepas di mana pengunjung dari Sabah tidak perlu dikuarantinkan. Ini telah mengakibatkan gelombang ketiga yang melarut sampai hari ini.


UKM telah melaksanakan SOP yang ketat sepanjang musim Covid 19 ini. Kemasukan mahasiswa ke kolej kediaman telah dibahagikan kepada tiga fasa, dan setiap mahasiswa diwajibkan melaksanakan kuarantin kendiri sepanjang 10 hari. Fasa ketiga juga akan mula selepas cuti perayaan Aidilfitri.[4] Menurut MEMO Bil.4/2021 perkara 2.8, “bagi sebarang urusan kecemasan (pergerakan merentas negeri/ bermalam di luar kampus), pelajar perlu menghubungi Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM). Pelajar WAJIB menjalani Fasa Pemantauan Kendiri 10 hari sekali lagi apabila kembali semula ke kampus.”[5] Yang menjadi persoalan, kenapa mahasiswa yang balik kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri dikecualikan kuarantin kendiri sedangkan mereka juga berhadapan dengan risiko jangkitan?

Di sini, kami memberi dua cadangan untuk menambahbaik SOP tersebut:

  1. Mewajibkan kuarantin kendiri sepanjang 10 hari seperti yang dinyatakan dalam Memo HEP Bil. 4/2021 perkara 2.8 untuk mahasiswa yang terlibat.

  2. Menggalakkan Ujian Swab untuk mahasiswa yang terlibat.


Di sini, kami ingin menyeru KPT dan pihak UKM supaya mengutamakan kesihatan para warga UKM dengan melaksanakan SOP yang ketat berdasarkan fakta saintifik yang sedia ada. SOP yang ketat bukan sahaja menjamin kesihatan kami, tetapi juga sebahagian “norma baharu”. Perlaksanaan konsep “bubble travel” dengan menentukan beberapa medium sahaja telah menurunkan risiko jangkitan. Tetapi, pengecualian kuarantin kendiri selepas kemasukan ke dalam kampus mungkin akan menyebabkan usaha pelaksanaan SOP sebelum ini tersia-sia.


[1] Malaysiakini: Penggunaan katil ICU di Lembah Klang capai 90 peratus hari ini - KKM

https://www.malaysiakini.com/news/573016 Malaysiakini: Covid-19: Katil hospital, PKRC di Kelantan hampir penuh https://www.malaysiakini.com/news/571310


[2] Codeblue: Adham: 60% Of Malaysia’s Covid-19 Cases This Year Are Sporadic https://codeblue.galencentre.org/2021/04/26/adham-60-of-malaysias-covid-19-cases-this-year-are-sporadic/


[3] Berita Harian: Kluster baharu berpunca perayaan di Sabah https://www.msn.com/en-my/news/berita/kluster-baharu-berpunca-perayaan-di-sabah/ Malaysiakini: Kunjungan tahun baru Cina cetuskan kluster di S'wak, 14 positif setakat ini



[5] MEMO – HAL EHWAL PELAJAR BIL. 4/2021 https://www.facebook.com/siswa.ukm/posts/3854480664665425


Commentaires


Post: Blog2_Post

©2020 by Student Unity Front UKM. Proudly created with Wix.com

bottom of page